First and foremost, Syukur Alhamdullillah dan terima kasih kepada bloggers yang sudi singgah di blog yg x seberapanya ini. Sebelum mencerita serba sedikit tentang life saya. Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada En Suami Mohamad Romzi Bin Zahari coz alwayz being very supportive and understanding. setiap detik, minit dan waktu yang dikorbankan sangat dihargai. Hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya. terima kasih juga kepada rakan-rakan PPG KIC IPOH yang sgt koperative dalam menjayakan tugasan dan pengkongsian maklumat. jari sepuluh juga disusun kepada semua jika sekiranya ada yang tersinggung dengan isi kandungan blog ini atau pengunaan bahasa rojak...hanya ingin menimbulkan mood santai pembaca sahaja. Entri ini sebagai mukadimah diri saya.
Nama saya Diana Fariza berasal dari Ipoh Perak... orang Kg Tengku Hussein Baru, Gugusan Manjoi. Umur saya baru layak DG32. Telah pun berkhidmat sebagai Teacher selama 8 tahun. Telah berkhidmat di SK TAMAN MUHIBBAH KULAIJAYA, JOHOR selama 6 tahun. Sekarang telah ditransfer (atas permintaan sendiri sbb nk balik kg) ke Perak. Tapi x sangka la plak ke SK RPS KEMAR, Gerik. pada mulanya takut gak... tapi perasaan nak lik berkhidmat di Perak sangat berkobar2 lagi pun nak bertukar angin plak cari pengalaman baru. so, akhirnya saya terima tawaran pertukaran ke SK RPS KEMAR. Sedih giler masa nak tinggalkan sekolah tu... maklum la kata org tempat jatuh lagi di kenang .. inikan pula tempat sumber rezeki n periuk nasi kita kan? Mesti ada yg pelik kenapa saya takut. Alkisah bila dapat je nama sekolah dari JPN terus je Google ..... sebuah sekolah pedalaman orang asli....bla...bla...bla... kena naik bot sejam .... naik hilux setengah jam... HAAAAAA...... itu la pasal. Tapi bila pikir... adventures gak... hihihihi...
Pengalaman di RPS Kemar plak hmmm x banyak nak cerita. cuma menarik sebab merupakan pasangan ke 4 yang bertemu jodoh kat sekolah tu... so saper2 yang bujang tu kebarangkalian dapat jdh kat sana agar besar. nak citer RPS Kemar ni walaupun pedalaman sentiasa dilawati oleh pelbagai pihak yang top-top plak tu. klu datang bukan pegawai biasa-biasa... Menteri Besar dari Dato Tajol sampai la Dato Dr Zambry...Bos2 besar kat KPM, Ketua Nazir Malaysia, Setiausaha Politik kepada YAB Timb Perdana Menteri, Dato Tan Lian Hoe. Memang top jugak sekolah ni. Jalan raya dari yang berselut n berlumpur dah pun rata dan hampir setanding dengan jalan raya kat luar sana. Cuma bila bercakap tentang sekolah mmg la kami x setanding dan x secantik sekolah diluar. Makmal komputer pun x de. Sekolah gred A plak tu. Pelik kan??!?!?!??! Murid 640 orang. kelas cuma ada 14 jer. Kesian murid... cikgu pun kesian gak sbb kena ajar min 38 hingga 55 orang murid dalam sebuah kelas. Jadi guru di pedalaman ni mental kena kuat. Tapi lama sangat pun boleh jem kepala.... tapi apa pun tabahkan lah hati wahai guru-guru pedalaman
So kepada sesiapa yang dapat posting kat RPS Kemar tu jgn la tolak.. walaupun di pedalaman tetap ada line Celcom n Internet pintu gerbang kepada dunia luar.... hihihihi....
Rasanya itu je serba sedikit tentang saya. harap maklumat yang sedikit di dalam blog ini dapat dimanfaatkan bagi keperluan pendidikan ke arah profesionalisme perguruan.
| This me!! |
Tkut pe plk bkn nye der rmau pun.......
ReplyDeletemmg la rimau x de kat sekolah tu,,,
Delete